Monday, 14 March 2016

Review : Vietnam Mask (Blackhead & Whitehead Remover)

New product to be review!!! Yay. Dah lama beli mask ni tapi belum sempat nak buat review. Maklumlah, bulan March ni sibuk sikit dengan macam-macam hal. Mesti ramai yang pernah dengar Vietnam Mask, kan? Atau ada yang dah guna Vietnam Mask ni? Beli ni pun sebab dengan ramai orang kata mask ni terbaik dan berkesan. So, why not to give it a try, right?


Yang bestnya tentang Vietnam Mask ni, bila kita beli kita akan dapat sekali beberapa helai kertas nipis. Dimana kertas tersebut akan digunakan sekali waktu apply mask. Lepas ni SR akan share langkah-langkah macam mana nak guna Vietnam Mask ni.



1. Stimkan muka dengan menggunakan wap air panas selama 10-15 minit. Cara dia boleh refer entry ni. Pastikan kawasan yang nak letak mask kering kalau tak, tak menjadi nanti.

2. Sapukan Vietnam Mask secara rata dan nipis pada bahagian yang biasanya ada bintik putih dan hitam seperti hidung, dahi, dan dagu. Sebelum mask kering, letakkan kertas yang diberi pada mask tadi.

3. Tunggu 3-5 minit sehingga kertas menjadi sedikit keras.

4. Tarik kertas tadi dari bawah ke atas untuk kesan yang lebih baik.

5. Bersihkan kawasan yang disapu Vietnam Mask dengan air sehingga bersih.

6. Apply toner ataupun air sejuk pada kawasan tadi untuk menutup semula pori-pori muka yang terbuka selepas penggunaan Vietnam Mask tadi.

*Disarankan 2 kali seminggu.

Kalau nak dibandingkan Vietnam Mask dengan mana-mana produk blackhead & whitehead remover tu, SR rasa Vietnam Mask lagi better. Ini kesimpulan yang SR buat setelah melihat hasil yang memberangsangkan setiap kali penggunaan selama beberapa kali. SR dah cuba pakai pore strip. Shiseido Mask dan menggunakan putih telur tapi hasilnya tak seberapa. Tapi bila guna Vietnam Mask, memang berkesan! Kecil- kecil cili padi, uolls. Memang tak sangka botol kecil tu berjaya membuang semua 'bendasing' yang ada pada muka kita.


Pros :

1. Berkesan. Berjaya membuang atau menarik segala bintik putih, bintik hitam even facial hair pun tertarik sekali dengan jumlah yang banyak. Sound digusting, but it is so effective!

2. Jimat masa. Sebab kebanyakkan mask kena tunggu selama 15-30 minit kemudian baru boleh cabut tapi hasilnya tak memberangsangkan pun. Walaupun Vietnam Mask mengambil masa 3-5 minit sahaja, hasilnya memang terbaik! JImat masa kan?

3. Harga berpatutan. Tapi tak dapat dinafikan yang ada penjual yang menjual dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM 10 ke atas. Tapi, kena pandai cari lah ye? Sebab korang boleh dapat Vietnam Mask ni kat tempat lain dengan harga bawah RM 10. SR dulu beli Vietnam Mask ni kat LRT Masjid Jamek for RM 8. Even SR dengar ada juga yang jual for RM 5 only. Wah...


Cons :

1. Gatal-gatal. Walaupun dah cuba Vietnam Mask beberapa kali, hidung ni tetap gatal-gatal selepas penggunaan. I don't know why. Mungkin sebab SR mengalami kulit sensitif. Tapi mungkin juga sebab pori-pori yang terbuka tu membuatkan hidung rasa tak selesa since semua 'bendasing' dah ditarik keluar.

2. Bau yang kuat. Bau dia wangi, tapi dalam masa yang sama macam bau ubat sikit. Dan bau dia tersangatlah kuat. Tapi taklah teruk sangat. Boleh diterima lagi walaupun agak kuat.




*Tekstur mask ini agak cair. Lebih kurang macam gam cuma warna je lain iaitu Putih.


Overall, SR suka dengan produk ni sebab berkesan dan SR suggest kepada korang yang ada masalah bintik hitam atau putih tu untuk cuba produk ni. Memang tak rugi. SR dah jumpa produk yang more better than pore strips. SR pakai pore strips dulu pun, hasilnya still tak sama macam SR guna Vietnam Mask ni. Even SR guna seminggu dua kali (Selasa dan Khamis) blackhead dan whitehead tetap tertarik sama dengan jumlah yang banyak walaupun baru sehari lepas SR guna mask ni. Yelah, kita ingat bila dah guna sekali, semua 'bendasing' tu dah tertarik sekali. Tapi, bila buat lagi esoknya, still ada lagi "bendasing" tu. So, its mean that walaupun kita rasa luaran muka kita bersih, tapi tetap ada 'something' di dalaman kulit kita. Okay?

Ada sesiapa yang dah pernah cuba atau guna Vietnam Mask ni? Jom share story kat ruangan comment. SR nak juga tau pengalaman korang guna mask ni. Hehe

Thanks for reading! Xoxo



More entries about Blackhead & Whitehead

-Review : Biore Cleansing Strips Pore Pack-
-All About Shiseido Mask-
-DIY : Remove Blackhead & Whitehead using Egg-


13 comments :

  1. Sy pakai mula2 je gatal. Lpas tu okay. First time pakai xde ape kuar, lpas tu ntah apa yg kuar. Haha geli~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan SR sorang je yg ada gatal-gatal lepas guna. Yup, geli tapi puas sebab semua tu dah takde kat kulit kita. Hehe

      Delete
  2. pernah baca tentang mask ni tapi xpernah cuba lagi...
    insya Allah maybe next time bleh try...nak kena abiskan dulu stock yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba sebab bagi SR Vietnam Mask lg okay daripada semua produk yang lain. Hehe

      Delete
  3. tak ska bau dia hahahaha. pernah pakai jugak heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau dia pelik sikit kan? Tp boleh terima lg walaupun bau dia kuat sangat.

      Delete
  4. Assalamualaikum SR,
    Baca review mcm menarik mask ni.. Kalau berkesan why not we try kann..
    Bab gatal x tau sama ada saya blh tahan ker idak..

    ReplyDelete
  5. ehhh. macamm pernahh pakaii laa. memangg best pakai ni. part nak tanggalkan tu je seksa sikit. hahaha tp mmg OKEY ! ^^

    ReplyDelete
  6. saya malah belum tau apa-apa tentang ini produk :(

    ReplyDelete
  7. this is a great mask! pernah try and still using it now. great review! xx

    ReplyDelete
  8. best mask ni...bila dah letak pada hidung perghh dia tarik smuanya..tp jgn letak dkt pipi...menangis bila tarik hahaha

    ReplyDelete
  9. i need to try this! thanks for the info. 3-5 minit je kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You should. It works like a magic 😊

      Delete