Friday, 26 February 2016

Teh Hijau Boleh Kurangkan Berat Badan?

Sekarang ni pergilah mana-mana pun, mesti akan jumpa perkataan teh hijau ataupun green tea. Even sekarang minuman pun dah ada perisa green tea tau. Masa scroll twitter pun boleh keluar cerita pasal green tea. Advanced sangat! Hehe. By the way, ada sesiapa suka minum green tea? SR sekarang ni sedang cuba menjadikan minum teh hijau sebagai rutin harian. Sekali sehari pun dah cukup dah. Nak tahu apa kelebihan teh hijau ni?

Kelebihan Teh Hijau

1. Berat Badan
Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang dimakan akan lebih cepat ditukar dalam bentik kalori.

2. Penyakit Diabetes
Teh hijau membantu mengawal paras glukosa di dalam darah serta mengawal paras insulin. Jika kandungan gila di dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan lemak.

3. Penyakit Jantung
Para saintis berpendapat, teh hijau menjaga saluran darah lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah. Apabila saluran darah berjalan dengan lancar maka risiko saluran darah tersumbat yang menjadi punca utama serangan jantung boleh dielakkan.

4. Kanser
Oleh kerana kandungan anti oksidan di dalam teh hijau tinggi, ianya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh hijau berupaya untuk membunuh sel kanser dan melindungi sel sihat.

5. Kolestrol
Teh hijau dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkatkan tahap kolestrol baik di dalam badan. jadi tahap kolestrol di dalam badan lebih terjaga.

6. Alzheimer dan Parkinson
Teh hijau dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson. Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tikus, menunjukkan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mata dan memulihkan sel-sel otak yang rosak.

7. Kerosakan Gigi
Terdapat kajian yang menunjukkan kandungan antioksidan kimia 'Catechin' di dalam teh hijau boleh memusnahkan bakteria dan virus yang menjadi punca jangkitan tekak, kerosakan gigi dan masalah gigi yang lain. 

8. Tekanan Darah
Pengambilan teh hijau juga dipercayai boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kemurungan
Kandungan asid amino semula jadi iaitu 'Theanine' di dalam daun teh dianggap boleh memberikan kesan tenang kepada peminum teh.

10. Anti-virus dan Anti-bakteria
'Catechin' di dalam teh adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit termasuk kanser.

11. Penjagaan Kulit
Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh hijau dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan keduatan pada wajah.

Sumber : vitamin4kesihatan.com






Sumber : @twt_kecantikan




Cara Membancuh


Tuang air panas dan masukkan seuncang teh hijau ke dalam mug. Tunggu beberapa minit sehingga teh menjadi sedikit pekat. Digalakkan supaya tidak menambah sebarang bahan perasa seperti gula. Sebabnya kita tak akan dapat 100% khasiat teh hijau tu. (To be honest, sekali dua SR tambah juga sedikit gula dalam green tea, tak tahan minum kosong je.)

*Digalakkan menggunakan teh hijau selama 6 bulan selepas ianya dibuka supaya antioksidan dalam teh hijau tu masih ada dan segar.




Tak cukup dengan minum teh hijau, SR juga menggunakan teh uncang yang telah digunakan tadi sebagai mask untuk mata. Caranya senang je, uncang yang dah digunakan tadi masukkan dalam peti ais (frozen) semalaman. Keesokkan pagi boleh ambil dan letak dibahagian mata untuk mengurangkan lingkaran hitam bawah mata ataupun dikenali sebagai dark circle tak kurang juga memberikan kesegaran kepada mata kita. Malkumlah, kan sejuk tu? Hehe


Buat masa sekarang ni SR minum green tea daripada BOH. Beli yang 25 uncang dulu stok untuk sebulan. Dah habis ni kalau ada brand lain SR akan beli kalau tak ada akan kekal dengan BOH. Teh hijau BOH ni not badlah cuma warna dia tu takde sangat. Tak pekat. Rasa pun pahit. I don't know. Tapi bukan ke mana-mana teh yang tak letak gula akan rasa pahit? Hmm.

Jomlah kita kekal sihat dengan minum teh hijau tanpa gula walaupun rasanya pahit. Pain is beauty, right? Huhu


Thanks for reading! Xoxo




10 comments :

  1. Tengok kawan maya dari jepun minum tea hijau pekat selamba je. Saya memang letak gula la cerita dia. Tak tahan aih.

    ReplyDelete
  2. Yup. Beauty is pain huhu. Qila tak try lagi greentea yg ni. Kakak ada beli. Acah betul dia tu. She can't hahahaha. Nanti lah qila nk try jgk ehehe

    ReplyDelete
  3. Banyak manfaat minum teh hijau ni! Boleh turunkan berat? Okay sekarang juga pergi beli haha

    ReplyDelete
  4. Aien minum teh hijau Jasmine dari Ahmad apa ntah. sedap jugak..:D

    ReplyDelete
  5. teh hijau ni mmg byk khasiatnya ;)

    ReplyDelete
  6. hi singgh sini greennyworldland.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. tak minat teh hijau. *muka penyek*

    ReplyDelete
  8. follow sini #1292. mind follow back? Thanks.

    ReplyDelete
  9. Tau tak, teh hijau ni boleh hilangkan jerawat? Saya dah test mmg berkesan. Tapi, bukan semua jenis teh hijau la. Kena pilih teh hijau yg betul2 high quality :)

    ReplyDelete