Thursday, 10 December 2015

Mengatasi Masalah/ Tekanan Emosi


Hi, guys. Idea untuk update entri ni datang bila SR berada dalam keadaan yang tidak menentu. Maknanaya, takde mood, stress, sedih, kecewa dan lain-lain. So, SR nak kongsikan sikit macam mana SR overcome semua masalah yang SR hadapi. Bare in mind that these are my way. Kalau rasa nak ikut, ikutlah. Kalau taknak pun takpe. Bergantung kepada diri masing-masing. Okey?

Semoga tabah dalam menghadapi dugaan dan gembira selalu.



Im fine

Menangis.

Ya, menangis. Dengan menangislah kita dapat luahkan apa yang kita rasa bila kita tak mampu nak berkata-kata. Mungkin ada yang malu nak luahkan perasaan dekat sesiapa sebab nanti malu menangis depan orang. So, cara lain ialah menangis seorang diri. Paling terbaik menangis bawah hujan (walaupun kita mungkin akan demam keesokkan harinya. haha) Okey kalau taknak mandi hujan, paling tidak pun duduk bawah shower (konon-kononnya air hujan lah ye?) Bila kita menangis bawah hujan/shower ni, tak ada sesiapa pun yang tahu kita sedang menangis waktu itu. Kan best macam tu? Masa tu menangis lah sepuas-puasnya sehingga korang rasa lega dan tenang.




Tuliskan segala apa yang kita rasa pada sekeping kertas.

Tulislah apa yang terbuku di dalam hati, jangan simpan dah. Ini masanya korang nak lepaskan semua yang korang pendam selama ni. Kalau perlu conteng, contenglah. Sekurang-kurangnya beban yang dah lama korang pikul tu hilang sikit. Dan SR pasti you guys will feel better after that. Tulis semua tu pun merupakan salah satu cara kita lepaskan marah, geram dan semua rasa kita dengan cara yang berhemah pada sekeping kertas. Lepas dah selesai semuanya, korang boleh koyakkan/bakar dengan harapan semua masalah, rasa geram dan sedih kita turut pergi bersama. InsyaAllah.




Untitled

Bakar lilin.

Yang ni kawan SR, Zahidah yang ajar. Masa tu dia bagi SR hadiah. Dalam tu berisi lilin. Dia siap tulis nota lagi dalam tu. "Buang segala masalah dengan membakar lilin ini..." Bila difikirkan balik, memang berguna pun tips ni. Firstly, kita luahkan apa yang kita rasa pada lilin tu. Kemudian bakar lilin tu. Lilin akan mencair sama seperti masalah kita. Oh ya, lilin tu SR tak guna pun. Simpan lagi sampai sekarang. Haha. Sayang punya pasal sebab lilin tu warna favourite SR which is purple. But make sure always becareful. Takut perkara buruk jadi pulak nanti.



yerınq

Tidur ataupun take a nap.

Kenapa tidur? Sebab bila kita bangun dari tidur, secara automatiknya kita akan lupakan apa yang kita rasa, lupakan semua masalah kita. Memang berkesan, SR selalu buat. Bangun aje dari tidur terus rasa better. Ada sesiapa pernah cuba? Hehe




Harapnya dengan ada tips yang simple ni dapat bantu korang dan diri SR sendiri dalam mengatasi masalah dan perubahan emosi. Hahaha. Sebabnya SR jarang kongsikan masalah SR kat orang lain. Lebih suka pendam sorang-sorang. Just wanna share some quote that I have heard before, "Setiap manusia ada masalah, yang berbeza ialah bagaimana cara kita mengatasinya..."

Thanks for reading! Xoxo.

6 comments :

  1. Saya pilih menangis pastu tidur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu mesti dah lega kan? Betul tak?

      Delete
  2. Replies
    1. Yeah, thats true. Hilang semua masalah bila shopping. Hehe

      Delete
  3. sha pilih tidur dan menyanyi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyanyi? Sounds interesting! Maybe SR boleh cuba lepas ni. Hehe

      Delete